Headlines News :
Home » , » Ir Haji Junaidi kekal jawatan Yang DiPertua PKIJ Sarawak.

Ir Haji Junaidi kekal jawatan Yang DiPertua PKIJ Sarawak.

Written By Unknown on Tuesday, 8 July 2014 | 15:29

KEKAL...Ir Haji Junaidi Haji Sahadan (tengah) mempengerusikan mesyuarat agung Majlis Perwakilan Dwi-Tahunan PKIJ Sarawak semalam.
KUCHING: Ir Haji Junaidi Haji Sahadan kekal sebagai Yang Dipertua (YDP) Persatuan Kebajikan Islam JKR (PKIJ) Sarawak pada mesyuarat agung Majlis Perwakilan Dwi Tahunan (Ke-9) yang diadakan di Bilik Muhibbah JKR Sarawak dekat sini semalam.
Beliau dipilih semula untuk menerajui persatuan itu bagi sesi 2014/2016.
Jawatan Timbalan Yang Dipertua pula disandang oleh Ismail Mosli menggantikan Nasserudin Haji Abdul Jabar yang dipilih sebagai  Naib Yang Dipertua II. 
Sebahagian perwakilan yang hadir pada mesyuarat agung.
Bagi jawatan Naib Yang Dipertua I dan III pula , menyaksikan pertukaran posisi yang mana Siti Nurainawati Aini sebelum ini Naib YDP III dipilih sebagai Naib YDP I manakala Khairul Reza Mohd Jawi sebelum ini Naib YDP I dipilih sebagai Naib YDP III.
Sementara itu Hajah Rose Nawi kekal dipilih sebagai Bendahari manakala bagi jawatan Setiausaha Agung, kekal disandang Mohamad Khalid Abdul Karim.
Haji Junaidi dalam ucapan ringkas beliau selepas perlantikan itu  turut menzahirkan penghargaan kepada setiap ahli perwakilan yang terus memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui PKIJ untuk dua tahun lagi.
Beliau turut menyeru agar setiap ahli-ahli PKIJ seluruh cawangan menggiatkan aktiviti selain memupuk semangat kerjasama.




Share this article :

Laman Web Rasmi JKR Negeri Sarawak

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Rakan JKR Sibu - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template