Headlines News :
Home » , » Erat hubungan sesama kakitangan

Erat hubungan sesama kakitangan

Written By Unknown on Sunday, 7 September 2014 | 07:40

DUIT RAYA: Pengerusi PKIJ Sibu menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak kakitangan JKR Bahagian Sibu

SIBU : Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Islam (PKIJ) Jabatan Kerja Raya, Sibu di sini baru-baru ini adalah satu medium terbaik mengukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum. 

Meskipun Syawal sudah hampir ke penghujungnya, namun ia tidak menghalang masyarakat di sini untuk terus mengukuhkan hubungan dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum menerusi penganjuran majlis Ramah Tamah Aidilfitri.

Pengerusi PKIJ Sibu, Sah Raiduan Zaluha, berkata program tersebut mampu mengeratkan hubungan perpaduan kaum dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui budaya kunjung-mengunjungi dan rumah terbuka. 

“Perpaduan wujud di negeri ini semakin terserlah setiap kali menjelang musim perayaan apabila semua kaum dapat berkumpul dan bersama-sama meraikan perayaaan itu dengan mengadakan kunjungan ke majlis-majlis rumah terbuka dengan penuh rasa kesyukuran,” katanya. 

Menurutnya, penganjuran majlis seumpama itu juga dapat memberi peluang kepada kaum lain mengenali budaya serta adat resam kaum yang merayakan perayaan tersebut dengan mengamalkan budaya kunjung-mengunjungi ke rumah-rumah terbuka mereka yang meraikan perayaan tersebut. 

“Negara kita sebenarnya cukup unik kerana semua kaum berpeluang meraikan semua perayaan di negara ini. 

“Misalnya Hari Raya yang dirayakan masyarakat Melayu turut memberi peluang kepada kaum Iban, Cina, India dan sebagainya merayakannya bersama,” ujarnya. 

 Hadir sama kedua-dua Timbalan Pengerusi PKIJ Sibu , Hashim Haji Ibrahim dan Awang Ahmad Tajuddin Awang Bolhassan.
Ahli Jawatankuasa PKIJ Sibu














Share this article :

Laman Web Rasmi JKR Negeri Sarawak

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Rakan JKR Sibu - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template