Headlines News :
Home » » SELAMAT DATANG KE GERBANG PKIJ SIBU

SELAMAT DATANG KE GERBANG PKIJ SIBU

Written By Unknown on Monday, 27 January 2014 | 03:49

Selamat Datang Ke Laman Sesawang PKIJ Sibu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga kami menyiapkan laman sesawang Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kerja Raya (PKIJ) Cawangan Sibu.

Laman ini diwujudkan atas beberapa faktor. Paling utama, ia sebagai salah satu medan penyebaran dakwah dan ikhtiar untuk mengukuhkan ukhwah fillah antara kami.

Dalam menempuh sistem kehidupan tanpa sempadan, kerjaya kita juga berdepan dengan ledakan teknologi dan ledakan ilmu yang harus kita terima dan aplikasikan dalam tugas harian.

Keperluan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi amat perlu diterapkan dalam tugas harian kita.

Ekspektasi ahli-ahli persatuan terhadap kita amat tinggi dalam memperolehi maklumat yang tepat, selamat dan berkesan. 

Selain menjadi medium mengerat hubungan sesama ahli, laman sesawang yang kita bangunkan ini diharap menjadi destinasi perkongsian idea dan maklumat yang pastinya tidak terhad untuk ahli cawangan Sibu bahkan seluruh negara.

Semoga ukhwah antara kita berkekalan sepanjang hayat.

Tinta kasih.. dari meja pengarang.





Share this article :

Laman Web Rasmi JKR Negeri Sarawak

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Rakan JKR Sibu - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template