Qari, qariah saudara baharu Sabah, Sarawak cemerlang
Adnan Yaakob (lima dari kanan) bersama peserta dalam majlis penutupan Tilawah al-Quran Saudara Baharu Peringkat Kebangsaan di Kuantan, semalam.
KUANTAN 23 Jan. - Pertandingan Tilawah al-Quran Saudara Baharu Peringkat Kebangsaan anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mendapat sambutan apabila 38 peserta menyertainya.
Pertandingan hari berakhir semalam itu terbahagi kepada dua kategori iaitu saudara baharu masyarakat Orang Asli dan bukan Orang Asli.
Majlis penutupan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Hotel MS Garden di sini malam semalam.
Yang turut hadir, Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latif dan Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Bagi kategori Orang Asli serta bumiputera Sabah dan Sarawak, johan qari dimenangi Akob Asungkil dari Sabah, naib johan, Jamiat Ajom dari Negeri Sembilan dan tempat ketiga dimenangi oleh Joha Abdullah dari Pahang.
Bagi qariah pula, johan dimenangi oleh Winnie Puduk @ Seriah Muhaimin dari Sabah, naib johan, Siti Salmah Sulong dari Pahang dan Yusni Baharom dari Perak mendapat tempat ketiga.
Sementara itu, bagi kategori bukan Orang Asli, johan qari dimenangi Shazlinizan Abdullah (Sarawak), naib johan, Muhammad Al-Wafiq Abdullah (Negeri Sembilan dan tempat ketiga dimenangi oleh Mohd. Afwan Abdullah (Johor).
Zainab Sato Abdullah (Sarawak), Siti Noriah Emalia Abdullah (Kelantan) dan Fatimah Fadhillah Rajeswary Abdullah (Terengganu) masing-masing merupakan johan, naib johan dan tempat ketiga bagi qariah untuk kategori tersebut.
Sementara itu, Akob yang berasal dari Keningau, Sabah berkata, dia memang minat membaca al-Quran sejak memeluk Islam 10 tahun lalu.
"Saya belajar mengaji sendiri melalui Internet, radio dan televisyen, setiap kali ada pertandingan tilawah al-Quran saya tidak melepaskan peluang untuk menontonnya," katanya.
Bagi Winnie Puduk pula, dia bersyukur kepada Allah SWT kerana berjaya memenangi pertandingan kali ini yang pastinya akan menjadi pendorong kepadanya untuk terus memantapkan bacaannya.