Lawatan Kerja oleh Tuan Ir. Hj. Zuraimi Bin Hj. Sabki, Pengarah Kerja Raya Sarawak ke Agropolitan Kampung Seduku Baru sambil diiringi oleh Encik Cassidy Morris, Jurutera Bahagian Sri Aman & rombongan daripada Jurutera Bahagian Samarahan & Ketua Cawangan serta pegawai-pegawai di Jabatan Kerja Raya Sarawak pada 23-24 January 2014.
Antara program-program yang turut diadakan bersama dalam lawatan Kerja Pengarah kali ini termasuklah Program Kerja Amal di Surau Seduku Baru, Sri Aman dengan kerjasama PKIJ Ibu Pejabat Kuching dan juga PKIJ Sri Aman.
Disamping itu, beliau juga turut mengadakan lawatan ke tempat Loji Rawatan Air Agropolitan, berdekatan Kpg Seduku Baru di sini dan beliau juga turut hadir untuk merasmikan Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Jabatan Kerja Raya Peringkat Negeri Sarawak yang Ke-11 di Masjid Darul Syakirin, Kpg Muhibah, Sri Aman.
Pada hari kedua, Taklimat dan sesi Dialog bersama Pengarah Kerja Raya Sarawak telah diadakan bersama dan disusuli dengan program Lawatan Projek Pemuliharaan Kubu Alice di Sri Aman bersama-sama dengan DE Sri Aman, Kota Samarahan dan Ketua Cawangan serta pegawai-pegawai di Jabatan Kerja Raya Sarawak khususnya.
Taklimat bersama ini merupakan salah satu antara program Lawatan kerja yang dianjurkan bersama oleh Ibu pejabat JKR Sarawak dan JKR Bahagian Sri Aman yang mengupas sedikit sebanyak mengenai Visi dan Misi, intergriti jabatan serta isu-isu semasa bagi Perancangan strategik Infrastruktur & Pembangunan seiring dengan "Transformation Journey" oleh JKR Sarawak.
Sumber Berita : JKR Sarawak.