SIMBOLIK...Jurutera Bahagian JKR Sibu, Tiong menyampaikan replika kunci kepada Daud simbolik penyerahan kompleks PERYATIM Sibu. Turut kelihatan Adun Nangka Dr. Annuar
SIBU : Projek pembinaan kompleks PERYATIM Sibu yang menelan kos dianggarkan berjumlah RM11.49 juta kini telahpun siap dan dijadualkan akan memulakan operasinya pada Jun 2014.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Islam), Ir. Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata, kompleks tersebut yang terletak di atas tanah seluas 5.27 hektar dekat Kemuyang, mampu memberi manfaat kepada anak-anak yatim di kawasan wilayah tengah negeri ini, dalam usaha pembentukan modal insan yang berkualiti.
Katanya, pembinaan kompleks berkenaan adalah untuk membantu semua kanak-kanak di negeri ini yang telah kehilangan ibu bapa.
Daud yang juga Pengerusi PERYATIM Sarawak berkata, kompleks tersebut dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, asrama untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, kuaters kakitangan, dewan makan dan blok pentadbiran.
Sudah pasti kemudahan ini akan memberikan keselesaan kepada semua kanak-kanak yang menghuni kompleks berkenaan.
Beliau menambah, kompleks PERYATIM Sibu adalah kompleks yang ketiga telah dibina di negeri ini selepas masing-masing sebuah di Kuching dan Miri
Sebuah lagi Kompleks sama akan dibina di Bintulu dalam masa terdekat, selain perancangan pembinaan kompleks serupa di Lawas dan Mukah.
Daud berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kompleks PERYATIM Sibu di Kemuyang kelmarin.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi PERYATIM Sibu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee, Jurutera Bahagian JKR Sibu Encik Tiong King Wei.
JKR Bintulu Rangkul Tempat Ke-3 Kejohanan Badminton Piala Pengurus Besar BDA
-
Pada 16 November 2014, bertempat di Dewan Badminton BDA, telah berlangsung
satu pertandingan Kejohanan Badminton Piala Pengurus Besar BDA yang telah
dianju...