Bagi Osman, kemenangan beliau pada kali ini adalah kali kedua berturut-turut selepas kejayaan pada tilawah pada dua tahun lepas di Mukah.
Manakala, bagi Saripah Aminah pula, kejayaan meraih naib johan merupakan penyuntik semangat beliau untuk terus membaiki mutu bacaan pada masa akan datang.
Naib johan bagi kategori qari dirangkul peserta dari PKIJ Miri Musa Bakar sementara tempat ketiga disandang perserta dari PKIJ Sri Aman.
Bagi kategori qariah pula, Naib Johan disandang oleh peserta dari PKIJ Sibu sementara tempat ketiga disandang peserta dari PKIJ Kuching.
Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM500 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Ir Haji Zuraimi Haji Sabki.
Naib johan pula membawa pulang wang tunai RM400 serta cenderamata dan sijil penyertaan manakala pemenang tempat ketiga menerima RM300 cenderamata serta sijil penyertaan.
YDP PKIJ Pusat Encik Junaidi shahdan menyampaikan piala kepada Pn. Asrinah
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-11 bertema “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” yang berlangsung selama dua malam mulai 21 Januari, disertai 11qari dan enam qariah dari 11 cawangan PKIJ seluruh bahagian.
Jemaah hakim kali ini berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan bacaan yang bagus dengan memelihara hukum tajwid.