SIMBOLIK...Jurutera bahagian, Tiong dan jawatankuasa PKIJ menyampaikan replika cek sumbangan pembinaan masjid baharu kampung Teku.
Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kerja Raya (PKIJ) Sibu baru-baru ini telah mengadakan rumah terbuka raya bertempat di Depo Jalan Alan.
Pelbagai aktiviti telah dilangsungkan pada majlis tersebut yang menarik minat pelbagai peringkat usia untuk mengikuti aktiviti serta pertandingan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandinga kotak beracun untuk kanak-kanak, pertandingan memasang samping/songket, pertandingan makan kuih raya paling cepat, pertandingan musang berjanggut (melibatkan keluarga kakitangan) serta persembahan nyanyian dari asrtis tempatan.
Pada majlis tersebut juga, PKIJ turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baharu Kampung Teku.
Menurut Pengerusi PKIJ Sibu, Sah Raiduan Zaluha, sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan daripada seluruh kakitangan beragama Islam di JKR Sibu sebagai tanggungjawab korporat untuk membantu kebajikan pembangunan umat Islam di kawasan ini.
Pengurus Wilayah tengah JKR Sarawak, John Aten dan Jurutera Bahagian JKR Sibu Tiong King Wei antara tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut.

PERTANDINGAN MEMASANG SAMPIN./SONGKET
PERTANDINGAN MUSANG BERJANGGUT
KUGIRAN MENGIRINGI PERSEMBAHAN
ARTIS UNDANGAN
BERTUAH..TIMBALAN PENGERUSI MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG
BERTUAH..PN TETTY MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG NAMA BERTUAH
TETAMU JEMPUTAN..KELIHATAN PENGURUS WILAYAH TENGAH JKR, JOHN ATEN (KANAN)