Headlines News :
Home » , » Program Walk A Mile tampil kelainan..mendapat sambutan menggalakkan.

Program Walk A Mile tampil kelainan..mendapat sambutan menggalakkan.

Written By Unknown on Saturday, 23 August 2014 | 00:25

PENGHARGAAN : Residen Sibu, Sim Kok Kee menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha Taman Jubli Bukit Aup, sambil disaksikan Jurutera Bahagian JKR Sibu, Tiong King Wei.

Oleh : Unit Promosi 5S JKR Sibu

SIBU: Program Walk A Mile yang memasuki edisi ketiga 2014 yang  berlangsung di Taman Jubli Bukit Aup Sibu , pagi tadi disertai lebih kurang 800 peserta.

Program anjuran  Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu dengan kerjasama Pejabat Residen Sibu itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik “Zumba” sebelum acara berjalan kaki sejauh satu batu atau 3,000 langkah.

Edisi kali ini menampilkan kelainan iaitu penganjurannya dilangsungkan di kawasan taman awam berbanding sebelum ini diadakan di Dataran Bandar Sibu.

Selain berjalan kaki para peserta turut menikmati keindahan Taman Jubli Bukit Aup Sibu.


WALK A MILE : Residen Sibu dan Jurutera Bahagian JKR Sibu mengetuai lebih 800 peserta pada program walk a mile pagi tadi.

Penyertaan kali ini terdiri daripada peserta pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, pasukan tentera, peserta PLKN, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar Kolej Kejururawatan Hospital Sibu dan ketua-ketua kaum.

Selain aktiviti senamrobik dan berjalan kaki,  program pemeriksaan kesihatan turut dimuatkan dalam aktiviti ini.

ia antara lain bertujuan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya penjagaan kesihatan dan pentingnya mereka melakukan senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Menariknya program kali ini turut memperkenalkan acara sukaneka selain cabutan bertuah dengan menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada para peserta.
Jurutera bahagian JKR Sibu Tiong King Wei dan Residen Sibu Sim Kok Kee antara yang hadir pada program itu pagi tadi.


MENDAPAT SAMBUTAN : Ratusan peserta memulakan perjalan pada program Walk A Mile anjuran JKR Sibu dan Pejabat Residen Sibu di Taman Jubli Bukit Aup pagi tadi.





Share this article :

Laman Web Rasmi JKR Negeri Sarawak

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Rakan JKR Sibu - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template