Headlines News :
Home » , » SOKANJAYA: Program Hari keluarga Eratkan Hubungan Sesama Kakitangan

SOKANJAYA: Program Hari keluarga Eratkan Hubungan Sesama Kakitangan

Written By Unknown on Friday, 5 June 2015 | 00:27


Baru-baru ini telah berlangsung Hari Keluarga Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu bertempat di Pantai Belawai.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Pengerusi Sokanjaya Sibu Encik Ngo Thiam Hee. 

Program yang julung kalinya dianjurkan di luar kawasan Sibu itu telah menarik penyertaan lebih seratus orang kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.

Pelbagai acara menarik telah dilangsungkan sempena program sehari itu.

Dianjurkan dalam suasana muhibbah dan ringkas, ternyata program berkenaan mampu mengeratkan hubungan antara kakitangan dan ahli keluarga, selain menjalinkan hubungan kekeluargaan dalam jabatan tanpa mengira peringkat jawatan dan kedudukan.

Yang turut hadir adalah Penolong Jurutera Bahagian JKR Sibu, Encik Lau Pit Hwa













Share this article :

Laman Web Rasmi JKR Negeri Sarawak

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Rakan JKR Sibu - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template