Headlines News :
Home » , , , , » SUKAN : Sokanjaya Sibu rangkul kejuaraan Karnival Sukan JKR Sarawak Zon Tengah

SUKAN : Sokanjaya Sibu rangkul kejuaraan Karnival Sukan JKR Sarawak Zon Tengah

Written By Unknown on Wednesday, 2 September 2015 | 02:36

JUARA...Pengarah Kerja Raya Sarawak Tuan Haji Ir Zuraimi Haji Sabki (tengah) menyampaikan piala kejuaraan kepada Jurutera Bahagian JKR Sibu Ir Tiong King Wei sambil disaksikan Pengerusi Kelab Sokanjaya Sibu Ngo Tiam Hee sejurus selepas diumumkan sebagai Juara keseluruhan pada Karnival Sukan JKR Sarawak Peringkat Zon Tengah semalam.
SIBU: Kelab Sokanjaya Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu telah dinobatkan johan keseluruhan pada  Karnival Sukan JKR Sarawak Peringkat Zon Tengah yang berlangsung bermula Jumaat hingga Ahad lepas.

Sebanyak empat pasukan yang terdiri daripada JKR Kapit, JKR Mukah, JKR Sarikei dan JKR Sibu selaku tuan rumah menyertai kejohanan tersebut.

Karnival Sukan yang julung kalinya dianjurkan itu, mempertandingkan empat jenis sukan utama seperti Bowling, Sepak Takraw, Futsal dan Badminton.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak, Tuan Haji Ir.Zuraimi Haji Sabki dalam satu Majlis Makan Malam sempena Penutupan Karnival Sukan  itu yang berlangsung di sebuah hotel  terkemuka di sini, malam Ahad lepas.

Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir Haji Zuraimi dalam ucapan penutupanya berkata, aktiviti sukan merupakan medium terbaik dalam menyemai dan memupuk semangat setiakawan selain mengukuhkan perpaduan antara kakitangan.

Beliau menambah, selain aspek pengukuhan semangat berpasukan, aspek kesihatan dan kecerdasan badan, juga perlu diberi penekanan untuk melahirkan petugas yang lebih aktif, ceria, sihat dan dapat mengurangkan “stress” akibat bebanan kerja.

“Saya menyeru kepada semua golongan dan kumpulan peringkat jawatan di JKR Sarawak, agar turun padang dan menyertai setiap acara, kerana ini sajalah peluang yang terbuka luas untuk mereka berinteraksi dan bermesra antara pihak atasan dan bawahan daripada semua golongan dan kumpulan.” Katanya.


Hadir sama pada majlis itu ialah Jurutera Bahagian JKR Sibu Ir.Tiong King Wei, Pengerusi Kelab Sokanjaya Sibu Ngo Tiam Hee, Pengurus JKR Wilayah Tengah,John Ateng Pawang dan kesemua Jurutera bahagian JKR di Zon Tengah.
Share this article :

Laman Web Rasmi JKR Negeri Sarawak

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Rakan JKR Sibu - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template