TAKLIMAT : Danien ketika menyampaikan taklimat kepada kakitangan JKR Sibu, pagi semalam.
SIBU : Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri ini di minta mengambil inisiatif dan berusaha memastikan tahap integriti tugas harian sentiasa berada pada tahap tinggi.
Timbalan Pengarah JKR Sarawak Danien Ranggu , berkata setiap kakitangan wajar memberi keyakinan kepada orang ramai dan berusaha dengan lebih gigih untuk merealisasikan Transformasi JKR sebagai agensi unggul sesuai dengan misi dan visi jabatan.

Taklimat berkenaan merupakan sebahagian daripada tentatif program sempena lawatan kerja sehari beliau ke JKR Sibu.
Selepas menyampaikan taklimat, Danien turut dibawa melawat ke loji rawatan air Selangau.
TAKLIMAT LOJI : Juruteknik (Awam) Azman Dahlan memberikan penerangan kepada
Danien
Timbalan Pengarah (kiri) menerangkan sesuatu kepada pegawai loji perawatan air.
RAKAM KENANGAN : Sebelum berangkat pulang, Timbalan Pengarah (tengah) merakam kenangan bersama pegawai dan operator loji bekalan air Selangau.