Headlines News :
Home » , » Solat Tarawih lebih afdal berjemaah

Solat Tarawih lebih afdal berjemaah

Written By Unknown on Sunday, 13 July 2014 | 15:57

gambar hiasan

Saya ingin tahu mengenai solat sunat Tarawih. Adakah salah sekiranya saya melakukannya bersendirian di rumah sedangkan ada surau berdekatan?

Adakah saya dikira golongan orang rugi? Adakah saya berdosa kerana tidak berusaha memakmurkan masjid? 


Hamba Allah 
Kuala Lumpur


Solat Tarawih juga dikenali sebagai ‘qiyam Ramadan’ dan hukumnya sunat muakkad. Rasulullah SAW adalah orang yang pertama melaksanakan solat Tarawih ini.

Baginda SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melakukan ibadat pada Ramadan dengan penuh iman dan ikhlas, Allah akan menghapuskan dosanya yang lalu.” 

Melakukan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau lebih afdal daripada melakukan berseorangan. 

Diriwayatkan baginda SAW sendiri pernah mengumpulkan keluarga dan sahabatnya sambil bersabda: “Sesungguhnya sesiapa yang turut bertarawih bersama imam sehingga imam itu beredar, pahala ditulis untuknya seperti beribadat satu malam.” 

Melakukan solat Tarawih secara berjemaah diterima secara ijmak dalam kalangan sahabat antaranya Saidina Umar RA melakukannya secara jemaah. 

Saidina Ali pula melantik imam bagi jemaah lelaki dan jemaah perempuan. 
Begitu juga dengan Jabir dan Abdullah bin Umar melakukannya secara berjemaah (lihat, al-Zuhayli). 

Melakukan sendirian seperti di atas tidak berdosa. Namun, banyak kekurangannya antaranya tidak mendapat pahala berjemaah dan ganjaran seperti beribadat satu malam. 

Itu adalah ‘kerugian’ apabila bersolat berseorangan. 

Dengan itu, saudara dinasihatkan mengamalkan solat Tarawih berjemaah jika mampu berbuat demikian. 

Ini kerana ganjarannya lebih daripada solat bersendirian dan berjemaah diterima secara ijmak. 

Sumber : myMetro
Share this article :

Laman Web Rasmi JKR Negeri Sarawak

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Rakan JKR Sibu - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template